BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 24, 2011

Besday Eqy

Hari Rabu bersamaan dengan 20.7.2011, genap usia eqy 3 tahun. Aku buatlah besday eqy, tapi sambut kat taska dia. Dah tanya cikgu dia, goodies buat 30 bungkus, beli kek 1/2 kg, beli topi spiderma saiz L. Bukan main suka lagi si eqy. Ada gambar dia, tapi belum upload lagi. Nanti ye

Kakiku Bengkak

Ahad lepas masa aku nak bagi susu kat eqy aku telh tersepak kaki kayu jti Ibu jari dan jari kelengkeng aku terkepak. Terus bengkak, nak jaln susah, terenjut-enjut aku jalan. Menangis gaklah apabil diurut. Alah tak urut pun, cuma gosok je. Tapi sakit ya Rabbi..

Wednesday, July 20, 2011

Penang - Last Day

Breakfast, eqy mandi kolam lagi sejam bagi can, pastu siap-siap nak check-out. Lalu kat jambatan Pulau Pinang. Rugi jugak sebab tak naik feri. So sampai rumah dekat kol 6 petang, balik bukan main penat lagi. Basuh baju 4x.

So memng best lah pegi Penang kali nih. Tempat yang cantik, hotel yang best, rockinn', what else, yg paling best suami and anak happy. Kalo ade rezeki aku nk pi lagilah. Hah baju hard rock je tak beli, mahal sangat, bajet ciput. Suami aku je beli. Sehelai RM85.00 henget. Dia dapat, aku tak dapat..Huahhhh..(Menangis lah tuh).

Penang - Day 2

Breakfast je, terus jalan-jalan round kat Penang. Kami pegi pasar Chowrasta beli jeruk dan frige magnet, pastu nk pegi ke Bukit Bendera, dah sampai kat tempat parkig dah, tapi tak naik sebab ramai sangat orang dan takde parking pulak. Kalo nak parkig bukan main jauh lagi. So amik keputusan balik hotel.

Kol 3.30 ptg kami turun ke pool. mak aii..pool dia siap ade panti buatan. siap ade pasir-psir lagi. Kata suami aku susah nak maintain pantai pasir ni sbb senang tersumbat. Alah biarlah, Hard Rock kan kaya...hehehe. Eqy mandi kat pool, dah tak ingat dunia. Siap buat aksi kedepan , ke belakang..macam-maam ade.

Pastu kami naik hotel, sbb nak mkn mlm. Jalan-jalan jumpa lah Nasi Kandar line clear. Nak kate sedap, tu takdelah sedap sangat, tapi sbb da sampi kat Penangkan, rugi pulak kalo tak rase nasi kandar yang fames tu. Orang beratur bukan main panjang lagi. Aku amik lauk sotong, telur goreng, kuah semua campur, sayur sepinggan RM11.50. Lauk suami aku pun sama jugak cam aku. Oklahkan.

Hard Rock Penang - Day 1 Part 2

Masa dinner tu wa menang besar. Takdelah menang mana pun. Doorgift memang best giler. Nak tau apa dia? Samsung Galaxy Tab. Terkejut beruk masa dapat tu. Pastu dapat usb 4GB. Pastu masa lucky draw aku dapt Nikon S2500 warna merah. Sebab aku punya tempat 3, so team aku dapat RM100 seorang. Tuk eqy pulak dpt door gift tuk budak. Berbaloi-baloi...hahaha.

Pastu terus pakai camera baru amik gmbar. Segera digunakan.

Tuesday, July 19, 2011

Family Day " Away Day" 09 July - 11 July 2011

Wa...nak upate pasal gi Penang tak update2 gak. Tak de mood. Ok ni nak update la ni. Syok giler...Duduk kat Hard Rock Penang. Maklumlah sebab ada perhimpunan Bersih, so kitorg gerak awal sikit dari Pajam. Tapi yang buat spoil tu suami aku nak pulak basuh kete dia, lama giler basuh kete, tapi berbaloi. Kilat giler..hahaha.

Kami masuk tol Elmina kot sbb nak elak jalam jem kt Shah Alam. Alhamdulilah line clear. Tapi mahal tol lah, dan jalan pun jauh sikit. Tapi kalo ikut Tol Shah Alam melekat jammed. Tak gerak-gerak. Ada aku dengar smpai 4 jam, stuck. Nasib baik. Syukur Ya Allah.

Perjalanan mengambil masa 5 jam jugaklah nak sampai ke Batu Feringghi. Kol 3.40p.m baru dapat kunci. Tapi nasib baik ada welcomed drink. Sedap giler air dia, cam ade sweet and sour. Oklahkan...Perjalanan jauh. Pening-pening lalat jugaklah. Dapat air memang best...

Sesampai je dapat door gift from Apex. Tapi lupalah nak snap gambo. Dapat towel and gelas panjang. Cuma nak buka aku tak pandai lagi. Kene aa skill nak bukak, ade besilah, tpikan sebenarny sonang ajer, picit je dan bukak. Tapi dapat kan Eqy, terus pecah..Aduh anak aku nih...tak bagi can langsung nak buat souveniourlah.

Sampai je bilik, fuyoo cantiknya bilik, tawaf abis, alah bukan besar mana pun. Siap-siap dan turun kat beach kol 4, sbb aku yang beli barng game tuk kanak-kanak, terpaksa aku pun turun, eventhough Eqy tak main pun.

Kol 5 adalah acara game tuk staf. Aku adalah group MERAH. Ingatkan ramai lelaki gagah perkasa kat team ku, ingtkan bolehlah dapat 1st, tapi kami dapat tempat tercorot sekali. No.3. Sodih den!!!huah!!!!!!!!Tapi best..memang best.

So aku perlu bersiap-siap untuk acara dinner malam tu. Tema dinner GLOMOR, tapi ada perkara yang menyedihkan. Baju aku terkoyak pulak. Habislah glomor aku. Camne nih. Tapi nasib baik ada sewing kit. Dan aku yang tak berapa pandai menjahit pun bolehlah menjahit, almaklumlah benci aku dengan jahitan-jahitan nih...menjadi orang saangat pandai menjahit okey..so dapatlah aku mencover baju aku yang terkoyak tuh.

Continue part II pulaklah.

Thursday, July 7, 2011

Takdir Akan Menemukan Kita Semula

Selamt Pagi...

Ari ni hari Jumaat. Minggu ni langsung aku tak jumpa OWEN. Aku rasa dia tak naik LRT lagi kot. Tak nampak pun dia. Takpelah bila-bila pun boleh jumpa. Kalo Allah nak menemukan aku berjumpa dengan dia, bila-bila masa saja Allah aturkan. Contohnya selepas setahun aku bertemu dengan dia kembali. Betul tak. So tunggu jerlah. Kalo ada, adalah, kalo tak, adalah hikmah ye tuh. Bersangka baik dengan Allah. Terima kasih ya Allah.

Wednesday, July 6, 2011

Testing...new signature

jadi tak signature aku kali nih? Hopefully jadilah yek.. Dah cuba tpi tk jdilah. Takpelah belajar lagilah. Hahaha

Penantian suatu penyeksaan...


Sebenarnya mood aku kuranglah tuk minggu nih. Banyak yang aku runsingkan, banyak yang aku risaukan. Tak lain tak bukan masalah RM..mana nak dapat duit bayar expenses. Fening kepala aku. Last-last aku kata lantaklah. Tapi nanti aku fikir balik. Sampai bila?

"Ya Allah, keluarkan aku dari belenggu hutang ini. Permudahkan segala urusanku Ya Allah"....

Monday, July 4, 2011

Today Breakfast

Hari ni teringin lak nak makan Chicken Pie from Ayamas. Aalh dekat ajer gan opis aku. nearby jer. Wisma KFC nd Menara Hap Seng.





Best kan...Memamg best..Yang nih saiz regular harga RM2.80, if small size RM1.60. No govt tax included. So kira net price la tuh. Try lah. Then give me ur comment.

Kasut Baru Eqy

Yesterday we went to Giant Nilai to bougt Eqy's new shoes. Kecian kat dia kasut semua dah terlebih kaki dia. Lagipu boleh bawak pi Penang dan dibuat kasut raya Tapi aku tetap nak beli kasut crocs tuk dia sbb dia selesa pakai kasut tuh.



Kasut BUM Equipment



Excited sungguh dapat kasut BARU. Asyik mintak pakai ajer. Sampai nak duduk pun susah.

Duit Trip Ke Penang

InsyaAllah aku akan ke Penang pada 9.7.11 bersamaan degan hari Sabtu ini. Family Trip ma..ke Hard Rock Penang. Tak sabar jug nk pegi sana. duduk kat Hard Rock lagi. Kalo sendiri pergi tuh tak taulh bila nak peginye. Ini Co.sponser tu yang teruja nak gi tuh.

So each of us get RM250.00 for transportation dan yang lain-lain tu untuk meal depends on berapa ahli keluarga. So lebih kurang RM10.00 for meal. Oklah tu. Eqy pun iclude sekali. Alah berap banyak sangat yng Eqy makan...yg selebihnya parent dia lah yang dapat..Hahaha. So total aku dapat ialah RM370.00. Oklah tu.Alhamdulilah. Tapi aku harp dapat duit poket lagilahkan. Cam masa kitorg pi Redang 2 tahun lepas. Dapat RM300.00 duit poket and air ticket sponser lagi. Huhu

Friday, July 1, 2011

Auditor Belanja Makan



Alhamdulillah kenyang ari nih. Maka "PER" ari nih. Auditor GTS belanja maka kat TGI Fridy kat bawah opis aku jer. ah lam tak masuk kat situ even kat bawah jer letaknya. Mahal lh kat situ. Klo orng belanja jer aku makan kat situ. Apa yang aku makan?

Check it out :



Best tak? Memang terbaek..Tapi lama noh menunggu. Ramai lak orang yg makan kat situ. Takpelah janji best, lagi best sbb beborak dengan kawan-kawa opis. Yelah kalo selalu makan kat tempat masing-masing. Ini sekalikan. Cite pasal nak pi Family Daylah, gosip-gosip bende yang tak patut nampaklah..and macam-macam lagi...

So to LLTC, you're the best. Tetiba puji sbb belanjakan...

Tuesday, June 28, 2011

How To Make Your Blog Interesting...????

My Blog simple2 jer. But Mostly blog that I followed very nice, exciting and colorful. Jeles aaaahhh....Banyak tutorial but feninglah...So buat mana yang termampu jer. Aku basic tarak, tpi nak gak buat blog mcm orang lain buat, tapi ini hah hsilnya...Tak menarik kan. Only for me and me yang nak bc blog nih.

Ada ku pedulik???????? hahaha

Monday, June 27, 2011

Biasa-biasa ajer

Assalamualaikum...

Aku cam dah takder ape2 lah kat OWEN. Aku cam dah tak angau cam mula-mula aku jumpa dia kembali. BAGUS..AKU SUKA...Cuma ari nih aku buat kerja giler sikit...

Aku nampak dia kat Bandar Tasik Selatan. Tapi aku dah naik tren dulu.So aku turun kat BTR n naik sama tren ngan dia.Gilerkan...Tapi tidak le aku mengadap dia...Malu siot...Hahaha..

So mase kat Monorel kami bersebelahan..hihihi..Camtu jer cite nye.Tak best kan.

Thursday, June 23, 2011

Touch n' Go

Pagi nih Touch n' Go buat pasal pulak. Tapi ku ketemu sama OWEN. Di telah melanggar aku. Pasai dia pakai kad biasa, so dia xdelah masalah nak masuk ke platform.Tapi bila dia masuk ke sempat jugaklh dia pusing kat belakang, surelah dia tak pandang aku. So dia masuk dulu. Tapi bila ku masuk jer dia dah takde. Ceh...tk tunggu aku mamat nih. Tapi takpe. Aku pun dah ok.

So bila aku naik monorel, dia masih ade kat situ.Kami naik sama tren, tapi berbeza jarak. So itu jerlah cite nye for tis week. Continue next week pulak.

Wednesday, June 22, 2011

Butakah Cinta

“ Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan apabila kamu mencintai seseorang dan kamu tidak memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.”

Amira meneliti bait-bait kata puitis itu sepenuh hati. Itulah yang berlaku pada dirinya sekarang, mencintai seseorang dalam diam, dia tidak mampu untuk memberitahu perasaannya itu pada orang yang dicintainya. Amira merasakan dirinya penuh kekurangan, sebenarnya rasa rendah diri yang keterlaluan itulah yang menyebabkan dirinya seolah-olah terkurung dengan perasaannya sendiri, dan dia seolah olah rela melepaskan orang yang dicintai sepenuh hati dalam diam itu pergi.

Amira mengeluh kecil, sambil meletakkan pen yang dipegang untuk kedapur. Didapur mamanya sedang menggoreng ikan berdasarkan bunyi desiran minyak panas dikuali.” Mama masak apa hari ni? Tanya Amira.”hari ni mama masak lauk istimewa untuk dua orang anak mama ” balas Puan Lisa.”kakak mana?” tanya puan Lisa sambil meninjau melihat ikan yang digorengnya. “ Apa lagi, tidur lagi Ma” balas Amira. “Puteri ni, apa nak jadi, tidur tu kalau tak dah tengah hari tak bangun, apa nak jadi dengan anak dara zaman ini” rungut Puan Lisa. “ Ma, jangan marah, kak Puteri buat kerja malam tadi, lepas subuh tadi baru dia tidur” jelas Mira, dia masak perangai mamanya yang cepat sangat marah kalau ada yang tidak kena dengan anak-anaknya.”Mana Mia tahu? Tanya Puan Lisa pula,dia rasa bersalah pula merungut tanpa usul periksa. “tadi masa Mia bangun solat subuh, Mia jenguk bilik Kak Puteri tengah mengadap komputer lagi dan lepas tu dia solat subuh dan pesan pada Mia kejutkan dia pukul 10 pagi, la sekarang dah 10.30, matilah Mia lupa nak kejut dia,nasib baik Mama tanya kalau tak habis Mia, Mia pergi kejut kakak sekejap Ma” .Terkocoh-kocoh Amira menaiki anak tangga ketingkat atas untuk mengejutkan kakaknya.

Puan Lisa hanya menggeleng kepala melihat telatah Amira. Amira Safia dan Puteri Balqish dua butir permata bagi dirinya. Amira seorang yang peramah tetapi ada bab-bab yang tertentu boleh meyebabkan dia menjadi sangat pendiam, bijak, baik hati dan paling berdisiplin, masih belajar disebuah Universiti tempatan. Manakala Puteri, seorang yang manja walaupun dia anak sulung, lemah lembut berbanding Amira, petah berhujjah dan kini bekerja sebagai peguam disebuah firma guaman terkenal .Dia bersyukur kedua orang anaknya dapat membesar dengan suasana yang baik dan dia sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.


“Kak Puteri, Mia tanya sikit boleh tak?”, Amira bersuara sambil matanya asyik memandang kakaknya yang sidang sibuk menaip menggunakan komputer. “Tanyalah, apa dia?, Sejak bila minta izin nak tanya ni, biasanya tak pernah pun nak minta izin” jawab puteri sambil matanya tidak lekang dari skrin komputer. “o.k, macam ni, …aa ..”berat mulut Amira untuk berkata.” wei, apanya Mia” tanya puteri , Mia adalah panggilan untuk Amira . Puteri menyimpan fail yang dibukanya dan mula keluar dari ‘microsoft word’ dan terus membiarkan komputer terbuka. Serta-merta dia mengadapkan mukanya ke muka Amira. Mereka sangat rapat dari kecil kerana di rumah itu hanya mereka berdua beradik . Puteri dapat merasakan ada sesuatu yang berat mengganggu hati Amira adik kesayangannya itu. Puteri walaupun anak sulung yang manja tetapi dia tetap boleh diberi ‘award’ sekiranya apa-apa jua masalah yang berkaitan dengan adik dan mamanya, biasanya dialah yang

“o.klah, adik, apa dia, beritahu kak puteri, macam berat sangat ni, beritahulah kalau kak puteri boleh tolong, kak putri tolonglah, kalau tak dapat nak tolong kita cubalah iktiar untuk selesaikannya, O.k?” Puteri memberi jaminan. Amira membisu, dia sebenarnya mahu memberitahu puteri perkara ini tetapi dirasakannya amat berat mulutnya. Adakah masalah ini penting atau tidak penting? Patutkah dia minta pandangan Puteri? Itu yang berlegar-legar dalam fikirannya. Dia mengambil keputusan untuk memberitahu puteri kerana dia rasa sudah tidak sanggup lagi untuk memikirkannya.

“Macam ni kak, Mia rasa Mia suka dengan seseorang, tapi dia tak tahu Mia suka dengan dia, Mia rasa macam dekat sangat dengan dia walaupun kami jarang sekali bertegur sapa, Mia selalu sangat terserempak dengan dia, masa tu jantung Mia mesti dup…dap..dap..macam tidak boleh nak berhenti..Mia perasaan jantung Mia jadi macam ini beberapa minggu lepas,..orang kata ini adalah perasaan cinta…betul ke Kak Puteri?” suara Amira berterus terang tentang lelaki yang disukainya. Itulah positifnya Amira, dia akan bercerita tanpa berselindung dengan Puteri walau apa pun masalah dan yang penting sikapnya yang sering berusaha untuk keluar dari masalah sering menjadikan dia istimewa pada pada pandangan Puteri. Puteri kenal lelaki yang disebut Amira itu, rasanya dia tinggal ditaman yang sama dengan tempat tinggal kami.
“Mia, rasanya dia tinggal kat taman kita ni jugakan? Puteri minta penjelasan.”Ya..tepat sekali!”.jawab Amirah pantas.

“Macam itu pun boleh jatuh cinta?’, memang cinta itu buta!” puteri berkata sambil tersenyum sinis pada Amira.Walau apa pun pada pandangan puteri lelaki itu memang baik jadi tidak mustahil Amira menyukainya. Puteri tersenyum, Ini rupanya yang bersarang difikiran Adiknya. Patut akhir-akhir ini dia nampak sikap Amira sedikit pelik, kadang-kadang nampak terlalu bersemangat dan kadang-kadang nampak lesu, jatuh cinta rupanya…cinta remaja (cinta monyet atau sejati?) entah puteri sendiri tidak tahu untuk mengukurnya.

“kak Puteri, janganlah senyum-senyum macam tu, kalau tau kak Puteri cuma nak senyum dengar masalah Mia ni, lebih baik tak payah beritahu” bebel Amira.

“ La…, senyum pun tak boleh?”Giat Puteri. “adik dah jatuh cinta rupanya, tapi si dia tak tahu adik suka dia, susah ni dik ,apa orang kata “ bertepuk sebelah tangan”!, tak berbunyi..so tak ada faedahnya, kita kena ingat apa pun yang kita lakukan mestilah ada manfaatnya dan kena berpijak dibumi nyata tahu?” jelas Puteri.
“habis macam mana nak selesaikannya, kak Puteri tolonglah, hari-hari asyik ingat dia tu, memang tak berfaedah rasanya, tapi perasaan itu datang sendiri”gumam Mira.

“ Adik, bercinta tak salah tapi yang tak betul ialah cara kita melayan cinta itu, lebih-lebih kita sebagai wanita Islam, kena jaga adab dan syariat dan lebih-lebih lagi Mia tengah belajar pula tu, kak puteri tak halang adik suka orang tu, itu adalah fitrah manusia. Satu masalahnya orang tu tak tahu adik suka dia. Sekarang ini akak boleh beri dua pandangan , suka hatilah mana satu adik nak pilih”.

“Pertama, adik berterus terang dengan dia, beritahu dia adik suka dia dan nak berkawan dengan dia, risikonya dia akan terima atau tolak cinta adik,sekiranya dia lelaki yang baik dia akan terima dan tolak dengan cara yang terhormat, maksud maruah kita sebagai wanita masih terjaga,andainya tidak, tercalar juga maruah kita sebagai wanita, berani ke dik? Adik fikirlah. Cadangan Yang kedua , adik simpan sahajalah perasaan suka dengan dia itu, Kalau benar dia jodoh Mia, ia tidak akan ke mana-mana, sekarang Mia masih belajar, dia pun tengah belajar, utamakan pelajaran, anggap perasaan cinta ini sesuatu yang manis dan ia boleh menjadi sumber kekuatan bagi kita untuk terus hidup, buat solat hajat dan solat istikharah”.

“Sebenarnya apabila kita menyintai seseorang tidak semestinya kita mesti memilikinya, dan cinta yang sejati itu ialah kita sentiasa doakan kebahagiaannya walaupun dia tiada di sisi kita, dengan cara itu kita juga akan rasa bahagia” jelas puteri lagi, dia pun tidak tahu bagaimana dia pandai berfalsafah tentang cinta. Tetapi apa yang dilontarkan itu ada logiknya pada pandangan Amira.

“Mia, jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair, cita-cita Mia belum lagi tercapaikan? Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Hanya kesetiaan akan mengikat cinta. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi . Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Itulah positifnya cinta ”jelas Puteri lagi. “Sekarang ini terserah pada adik nak buat keputusan. O.k? “.Puteri meneruskan semula kerjanya yang tergendala tadi. Dia berasa lega dapat memberikan pandangan tentang masalah itu. Dia dapat melihat wajah Amira yang keruh sudah ceria semula, itu menunjukkan Amira akan dapat membuat keputusan yang tepat untuk dirinya sendiri,

###########

“Betul kata kak Puteri, cinta tak semestinya memiliki, sekarang ini aku harus lepaskan dia pergi dahulu, kalau ada jodoh tak ke mana, aku masih mempunyai banyak perkara untuk diburu dalam hidup ini selain memburu cintanya” bisik hati Amira sambil tersenyum walaupun ia sedikit pahit untuk dilalui dan turut membekas dihatinya. Amira tahu keputusan yang dibuat ini akan melegakan kak Puteri dan Mamanya. Perjalanan hidupnya masih berliku, dia berazam untuk membuat yang terbaik dan dia juga berdoa agar cinta itu akan menjadi miliknya satu hari nanti. Hatinya berbunga ceria apabila mengingatinya.

Tuesday, June 21, 2011

Today I'm Okey..

Alhamdulilah..I'm ok today...Hahaha..(Hanya aku saje yang tau apa sbbnya)...Aku yng kontrol keadaan, bukan keadaan yang kontrol aku. Betul tak..Lantaklah...

Problem..

Sebenarnya apa masalah aku nih...Kalo aku cite kat orang, mesti orang kate...sebenarnya ko nak cakap apa? Apa masalah ko sebenarnya? bagi aku cite biase jer..No problem..Hal kecik jer..

Tapi ia menjadi masalah padaku...Sebabnya (Macam banyak) Minta tolong....
1. Sejak aku jumpa O.W.E.N balik, fikiran aku jadi tak betul...ku gembira, ku bahagia, ku suka, kesimpulannya aku sukalah..tapi akukan dah khwin, mane boleh pikir benda2 nih, mana boleh nak tunggu kat LRT dia ade atau tidak, menunggu dia sampai badan seram sejuk, apekehalnya aku jadik camne..buat kerja ingat kat dia, teruk aku nih. Inilah akibatnya kalo tak jaga pandangan mata.

Aku tau dia masih hidup lagi, dia kerja kat situ lagi, sudahlah..yang aku tamak-tamak nak tengok dia setiap hari apehal? Betul tak.Aku dah pernah sengsara melupakan dia, takkan aku nak jadi mcm setahun yag lepas?...

Fikir-fikirkanlah...

Monday, June 20, 2011

Hati Sebesar Kolam

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

Please Control Your Emotion

Don't frust...
Don't feel loss...
Let it go...
Enough for 3 days that Allah give to you
Wake up..and perform your dhuha prayer...
and lastly

PLEASE CONTROL YOUR EMOTION....

Sunday, June 19, 2011

Dan Akhirnya...

Dia muncul kembali setelah setahun menghilang...Tarikhnya 16.6.2011...Kira hadiah harijadi aku kot...Pastinya banyak hikmah yang tersembunyi...kenapa aku tak dapat kerja lain...Sbbnya kalo aku dpt tempat lain..sure aku tak jupe O.W.E.N lagi.

Aku sangat-sangat Terkejut. Tapi aku berlagak selamba ajerlah..Takkan aku nak menanya kat dia mane dia pie..Betul tak.

Dan dia...em...aku tak tau...maybe dia takdelah excited cam aku...Sbb dia tak tau.

Tapi ari ni aku menunggu dengan penuh kesabaran...Tapi aku tak jumpa sehinggalah aku jumpa dia kat stesen Monorel. Dia tak beratur sama dengan aku...masam je muka dia. Tapi mmg muka dia dah camtuh...Merajuk ke sbb aku tak tunggu kat LRT. Hahaha.. perasaan aku jer tuh...So, tunggu jelah ari esok camne pulak...nanti aku story lagi.

Hingga ke Suatu Saat

Aku ingat tarikhnya 30.4.2010, aku pegi dulu ke kerja, aku cari bayangnya tiada..tetapi akhirnya berjumpa kat stesen Monorel. Berdepan dengan platform yang aku tunggu tu ada sepasang suami isteri yang buta..kecian dorang...pastu kami naik Monorel dan turun kat Raja Chulan..dan...

Aku tak jumpa lagi dengan O.W.E.N...Aku pelik mana menghilangnya dia. Lama jugak aku nak menghidekan perasaan aku kat org lain, aku hanya mampu berdoa sbb ku nak tau dia nih pi mane..meninggal ke, tkr tempat kerja ke...dissapear cam tuh je..

Waktu nih aku suka dengar lagu halo- Beyonce...tapi lepas nih no more. Tak sanggup aku dengar lagu nih.

Aku try mengubati hatiku yag lara..Hahaha..N i try to forget him. Akhirnya ku berjaya....

Friday, June 17, 2011

Kenangan Lalu - Siri Kedua

Januari 2010

Sehinggalah awal tahun 2010 Januari kot, aku lihat lelaki tu seorang jer...No more her GF. Tk taulah gi mana GF dia. Ada lagi ke, dah pindah tempat lain ke, tukar tempat kerja ke, tukar location ker...tahlah.tapi yg pasti he is alone...

Mac 2010

Agaknye dia sedar kehadiran aku. Kalo naik LRT tu mcm sebelah-sebelah lah.Hahaha...aku layan..Kalo boleh nak sampai LRT kol 8.40pagi. Takut tak jumpa nanti..Masa tu memang bersemangat gileer pie keje. Yang bestnye kol 8.40 dia ade, pastu kat tempat pintu LRT tu jugak yang kami tunggu. Camtu jugak dengan naik monorel, kami akan tunggu pintu keluar yang terus ke tangga..Senang ma..

Hal ini berterusan sehingga bulan April. Tapi idakle tiap hari aku jumpa dia. Kalo dalam seminggu tu adelah 2 kali, 1 kali ke...mane tau dia naik sebelum aku atau tidak..Betul tak?

To be continued

Kenangan Lalu - Siri Pertama

2009

Aku sering naik LRT nak ke tempat kerja.Sambil aku pandang-pandang kiri kanan aku hampir kenal orang yang naik sama dengan aku. So aku boleh bajet orang ni tunggu sama dengan aku pasal dia sure masuk kol 9 sama dengan aku. Sbb apekejadah kalo nak kuar awal kol 8pg tapi masuk keje kol 9 pagi. Sangat effisenlah orang itu. Tak macam aku nih. Kol 8.30-8.45pg, itulah time aku kuar nak ke LRT..Pastu kene tukar pulak naik monorel kat Hang Tuah pulak. So kalo datang lambat bolehlah aku kp LRT lambat lah atau Monorel rosak kene tunggu lambat. Hahaaha...

Dalm pada aku menunggu kat LRT nih, adelah couple nih yg menarik perhatian aku. Bagi aku lelakinya bolehlah tahan, perempuan tu pun boleh lah jugak, cuma pada perhitungan aku kureng sikitlah kalo nak dibandingkan dengan lelaki itu...

Tapi yg lelakinye nih AMATlah menyayangi GF dia.Boleh bawak kipas kecik nak kipaskan makwe dia, pastu berpegang tangan tak lepas, pastu mata lelaki tu kalo bercakap dengan makwe dia cam takde orang kat keliling dia, hanya dunia dia dan makwe dia jer. Selalu jugaklah aku terserempak dengan couple cina nih.

Sambung siri kedua nanti..

Thursday, June 16, 2011

Tak Ku Sangka....

Tak ku sangka aku bertemu jua dengan dia. Setahun aku cari mane poienye mamat nih, tak sangka dia kembali...So segala teka-teki aku selama ini tentang mamat nih terjawab. Sesungguhnya he's still alive...Kalo dia boleh bercakap dengan aku mesti dia cakap...Hi,I'm back!!